Spam
Spam adalah satu cara di mana seseorang menghantar mel elektronik (email) dengan kuantiti yang terlalu banyak bertujuan untuk promosi dan pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsanya. Kebiasaannya, spammer memperolehi alamat email daripada blog, chat rooms, IRC, dan laman web.
Pada masa kini, spam bukan saja melalui email, tetapi juga melibatkan forum, guestbook, dan komen-komen di web.